RASULULLAH SAW bersabda:

“Dari Abu Hurairah, berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Tidaklah dikatakan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum. Akan tetapi, yang dinamakan berpuasa adalah kerana meninggalkan ucapan sia-sia dan perbuatan yang buruk. Kerana itu, jika ada orang yang memakimu atau berlaku jahil kepadamu, katakanlah(kepadanya): “Aku sedang berpuasa. Aku sedang berpuasa.”

Penjelasan:

Orang yang berpuasa dituntut agar menegah perbuatan yang tidak terpuji. Melayani pertengkaran dengan orang atau melayani cercaan, makian, atau gangguan orang kepada kita adalah termasuk perbuatan tidak terpuji. Begitu pula bila pada saat berpuasa kita menggunjing(what does this means?) atau membicarakan hal yang tidak bermanfaat terhadap akhlak dan ketakwaan kita, maka perbuatan semacam itu menyebabkan puasa kita tidak bermanfaat. Demikian halnya denga berbicara berkaitan dengan perkara lucah, maka ini termasuk dalam perbuatan tidak terpuji.

Orang yang sedang berpuasa tidak boleh melayani pertengkaran atau cercaan orang terhadap dirinya. Bahkan ia diperintahkan oleh agama agar mengatakan kepada orang tersebut bahawa ia sedang berpuasa. Tentangan atau cercaan orang yang jahil kepadanya janganlah dilayani agar puasanya terpelihara dari gangguan yang menghilangkan pahala puasa.

Okay, i get the above in a book titled ‘Amalan Bulan Ramadhan by Muhammad Thalib.

Just sharing with you all, as a reminder, of what to do if we were ticked by someone while we are fasting. Patience is virtue.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN MULIA INI, BULAN RAMADHAN. SEMOGA DI BERKATI ALLAH SWT.
INSYALLAH.